BM | EN | 中文

Pasukan Petugas Kebangsaan terima 50,000 kit ujian Rapid antigen daripada MKN

Pasukan-Petugas-Kebangsaan-NTF.jpg

Gambar Ehsan MKN

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) menerima 50,000 Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk petugas barisan hadapan yang terlibat dalam Op Benteng.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas NTF dalam kenyataan semalam memaklumkan, RTK-Ag COVID-19 itu diterima Komander NTF Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah daripada Ketua Pengarah MKN Datuk Mohd Rabin Basir.

“RTK-Ag COVID-19 itu, untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang terlibat dalam Op Benteng di Sabah, Johor dan Kedah.

Advertisement

“Kit ujian itu diserahkan pada Majlis Penerimaan Kit Ujian Antigen COVID-19 Op Benteng di Depot Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan peralatan tersebut akan diedarkan secara berperingkat melalui Hospital Angkatan Tentera, di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan lima ‘Negative Pressured Cabinet’ dari Kementerian Pertahanan Thailand melalui Pusat Perubatan Tentera Asean (ACMM) kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Advertisement

Penyampaian disempurnakan Atase Pertahanan Thailand Kol Aroon Kaewset kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Datuk Dr Md Amin Muslan.

“Kerjasama antara MKN dan Kementerian Pertahanan Thailand itu amat dihargai, dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan petugas barisan hadapan negara terus menaburkan khidmat bakti mereka, dalam menjaga kedaulatan tanah air,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Perubatan BPK ATM Mej Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh dan pegawai MKN dan ATM daripada BPK serta NTF.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top