BM | EN | 中文

PASUKAN MENDAYUNG UTHM JUARA KARNIVAL SUKAN AIR MASUM

Pasukan-mendayung-UTHM-juara-Karnival-MASUM.jpg

BATU PAHAT, 30 OGOS: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atau lebih dikenali sebagai UTHM Barracuda menampilkan kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan acara mendayung pada Karnival Sukan Air Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019.

Penyelaras Sukan Air UTHM, Shaid Jaffar berkata, pasukannya berjaya membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada karnival berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort, Perak, dari 20 hingga 25 Ogos lepas.

Beliau berkata pada kejohanan itu, pihaknya berjaya mengetepikan cabaran sembilan universiti lain dan kejayaan itu adalah kali ketujuh sejak 2009.

“Empat pingat emas berkenaan adalah melalui acara Coxed Eight (8+) dan Coxless Four (4-) lelaki dan waanita, manakala satu pingat perak serta gangsa melalui acara perseorangan wanita Scull (1x) dan lelaki Double Scull (2x)

“Kejayaan ini hasil usaha dan komitmen daripada barisan atlet yang sanggup mengorbankan cuti semester untuk hadir ke latihan yang diadakan selama hampir sebulan,” katanya

Shaid berkata bagi terus memperkasakan sukan mendayung, pihaknya kini turut mendapatkan kerjasama daripada tiga alumni universiti berkenaan yang juga bekas atlet UTHM Barracuda dengan menyusun serta merangka pelbagai program pembangunan.

Terdahulu, Bernama melaporkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTHM, Prof Madya Dr Afandi Ahmad sebagai berkata, pihaknya melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh alumni UTHM dalam usaha pembangunan sukan berkenaan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top