BM | EN | 中文

Pasukan Liga M setuju jadual baharu perlawanan

Liga-Malaysia-Liga-M.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) bersetuju dengan jadual baharu dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang memberikan ruang masa mencukupi buat mereka, sebelum menyambung semula saingan pada bulan depan.

Ketua Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC, P Maniam berpendapat, jadual berkenaan adil untuk semua pasukan dan memberikan lebih masa untuk mempersiapkan diri, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

Dengan skuad The Phoenix itu belum lagi memulakan latihan secara ‘camp based training’, beliau mengakui lebih banyak masa diperlukan untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2021.

Advertisement

“Sebagai jurulatih, saya rasa jadual ini adalah seimbang memandangkan kita tahu skuad Harimau Malaya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, juga ada tugas masing-masing.

“Selepas itu perlu kuarantin 14 hari lagi, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita sambung balik perlawanan bermula 24 Julai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL hari ini.

Menurut jadual yang dikeluarkan oleh MFL semalam, saingan Liga Perdana dan Liga Super masing-masing akan membuka tirai pada 3 Julai dan 24 Julai, selepas berakhirnya kejohanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Liga Juara-Juara AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Piala AFC 2021.

Advertisement

Sementara itu, pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain, mengharapkan jadual Piala AFC yang turut membabitkan KDA FC yang dijadual berlangsung 29 Jun ini tidak berubah, walaupun venue masih belum ditentukan selepas Singapura menarik diri daripada menjadi hos.

Ini kerana pindaan jadual Piala AFC 2021 akan menjejaskan persiapan pasukannya, serta akan memberi kesan kepada pasukan-pasukan Liga M yang tidak terbabit dalam Piala AFC.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan berkata, tempoh masa lebih kurang tiga minggu sebelum bermulanya Liga Perdaba itu mencukupi, dan tiada masalah untuk mereka mula lebih awal berbanding Liga Super.

Advertisement

Bagaimanapun beliau berharap, mereka dapat melakukan perlawanan persahabatan dahulu sekiranya PKP berakhir lebih awal, supaya sekurang-kurangnya pemain dapat merasai aksi sebenar di padang selepas berehat hampir dua bulan.

MFL mengesahkan tarikh baru dua aksi Liga Perdana yang ditunda, iaitu aksi Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC ekoran cuaca buruk, dan Perak FC II menentang Kelantan FC, disebabkan pemain Kelantan FC diarahkan kuarantin 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pemain mereka didapati positif COVID-19.

Perak II bertemu Kelantan FC akan diadakan pada 29 Jun, manakala Selangor FC 2 menentang Sarawak United bakal berlangsung pada 30 Jun.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top