BM | EN | 中文

Pasukan DAP Bukit Pasir serah bantuan kepada penduduk memerlukan

Pasukan-DAP-Bukit-Pasir-sampaikan-bantuan-kepada-penduduk-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

MUAR, 4 OKT: Pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ amat sesuai bagi menggambarkan keprihatinan pasukan DAP Bukit Pasir, Muar dalam membantu penduduk di daerah yang terjejas dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan dapur.

Terbaru, atas rasa keprihatinan susulan masalah dilanda penduduk, sukarelawan DAP tampil membantu golongan tersebut dan hadir sendiri menyampaikan bantuan tong gas kepada mereka yang memerlukan.

Hadir sama pada program serahan sumbangan tersebut adalah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, Adun Penggaram Gan Peck Cheng dan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali yang juga Adun Paloh.

Advertisement

“Daripada maklumbalas, kami dapati ada penerima sebelum ini yang tidak dapat memasak kerana tidak mampu membeli tong gas.

“Di samping menghantar bekalan makanan, pasukan kami juga sering mengumpul cadangan dan pandangan mereka yang menerima sumbangan,” kata Pengerusi DAP cawangan Taman Makmur, Batu Pahat, Shazwan Zdainal Abidin.

Katanya, penduduk di negeri Johor baru sahaja ‘benafas semula’ susulan kelonggaran pergerakan dan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

Namun begitu kata Shazwan, masih ada golongan yang memerlukan bantuan dan keprihatinan masyarakat diperlukan dalam usaha membantu sesama anggota masyarakat.

Ujarnya lagi, meskipun bantuan tong gas nampak ringkas, namun usaha membantu perlu diteruskan.

Justeru maklumat dari penduduk setempat penting bagi memudahkan jaringan dermawan, badan bukan kerajaan dan pertubuhan untuk menyampaikan bantuan.

Advertisement

“Bagi kami, kedua-dua pemberi dan penerima berperanan untuk saling bantu-membantu.

“Amalan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tetap diteruskan,” katanya sambil menambah, DAP Johor komited menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top