BM | EN | 中文

PASUKAN BERBASIKAL JOHOR KINI ISKANDAR JOHOR CYCLING TEAM

iib-basikal-team-johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 9 SEPT: Pasukan berbasikal negeri Johor menjalani transformasi tampil dengan wajah baharu menyaksikan mereka bakal dikenali sebagai Iskandar Johor Cycling Team.

Ia susulan proses pemerkasaan dan penjenamaan pasukan negeri menerusi pembabitan peneraju pembangunan Iskandar Malaysia iaitu Iskandar Investment Berhad sebagai penaja utama pasukan itu.

Majlis pelancaran jersi baharu pasukan itu dilangsungkan sebagai simbolik membabitkan kerjasama yang dimeterai antara IIB selaku penaja utama dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Khamis lalu.

Advertisement

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, inisiatif itu adalah untuk meningkatkan lagi profil sukan berbasikal sekaligus memperkasa usaha mencungkil bakat baharu sukan berbasikal di Johor.

“Majlis ini melakar satu bentuk kerjasama daripada IIB untuk memastikan Johor terus kekal sebagai ‘lubuk’ pelumba basikal bertaraf kebangsaan sekali gus membantu meluaskan lagi pemilihan bagi skuad pelumba kebangsaan.

“IIB juga akan terus menyokong Iskandar Johor Cycling Team sebagai inisiatif IIB untuk agenda pembangunan komuniti, terutamanya dalam bidang sukan,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah MSNJ, Mohd Gadaffie Abd Aziz menyambut baik sokongan diberikan IIB dan mereka sedang merancang mengadakan program bagi merancakkan lagi sukan berbasikal di negeri ini.

“Seiring dengan proses transformasi pasukan kepada arah yang lebih profesional, nama Iskandar Johor Cycling Team juga dipersetujui untuk digunapakai MSNJ bagi kejohanan-kejohanan tempatan dan antarabangsa pada masa akan datang.

“Kita juga sedang bekerjasama untuk merealisasikan program pembangunan berbasikal di Iskandar Puteri.

Advertisement

“Ini sebahagian daripada inisiatif ‘IP Active’ bagi memastikan Iskandar Puteri sebagai destinasi pilihan sukan di selatan tanah air,” katanya.

Iskandar Johor Cycling Team, dibarisi nama-nama seperti Fakhruazam Hanifiah, Nurfitri Ammar Rusli dan Nur Aiman Rusli.

Ia dijadual ke Kejohanan Basikal Tour De Lingga Jati 2019 yang diadakan di Jawa Barat, Indonesia pada 12 hingga 16 September sebagai pendedahan peringkat antarabangsa yang direncanakan MSNJ.

Advertisement

Sumber: BH Online

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top