BM | EN | 中文

PASTIKAN RANTAIAN INDUSTRI MAKANAN DI JOHOR BERSIH, BERKUALITI

khuzzan-apple-run-2019.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 DIS: Kerajaan Johor menyeru kepada semua pihak berkepentingan bekerjasama bagi melaksanakan kawalan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bermula daripada peringkat ladang hinggalah ke peringkat sedia dimakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, tumpuan perlu dibuat berdasarkan kepentingan tanggungjawab bersama ke atas keselamatan makanan bagi memastikan bekalan makanan yang selamat kepada para pengguna.

“Semua premis ini perlulah memenuhi keperluan yang ditetapkan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983.

Advertisement

“Ini bagi memastikan semua pengguna termasuk kita mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

“Kawalan keselamatan makanan kini telah menjadi begitu mencabar disebabkan penghasilan makanan yang sangat kompleks,” Khuzzan pada pelancaran program Apple Run 2019 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata, menerusi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan selaku agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kualiti makanan kepada orang ramai, pelbagai usaha telah dijalankan agar kawalan di setiap peringkat dapat dikenalpasti.

Advertisement

“Di negeri Johor sahaja terdapat sebanyak 1,251 premis kilang makanan, 790 premis katering, 22 446 premis restoran atau kedai makan dan 575 premis kenderaan yang menjual makanan seperti foodtruck.

“Semua premis ini perlulah memenuhi keperluan yang ditetapkan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983,” kata Khuzzan yang juga Adun Semerah.

Tambah beliau lagi masyarakat juga berperanan sebagai pemberi maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang produk atau premis makanan yang tidak bersih.

Advertisement

“Orang ramai bleh membuat aduan melalui laman web atau datang terus ke Jabatan Kesihatan Negeri mahupun Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

“Ini membolehkan keselamatan makanan di sepanjang rantaian makanan dapat dikawal dengan lebih berkesan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top