BM | EN | 中文

PASTIKAN PERSEKITARAN DIJAGA-CHE’ PUAN KHALEEDA

che-puan-khaleeda.jpg

JOHOR BAHRU, 2 DIS : Isteri Pemangku Sultan Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam bertitah, orang ramai berperanan dan bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Program-program seperti perkhemahan ini dilihat mampu memberikan ruang serta peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan alam semulajadi.

“Ini sekaligus memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada generasi akan datang,” titahnya.

Che’ Puan Khaleeda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor 2019 di Pusat Kokurikulum Sungai Tempayan, Pekan Nenas, dekat Pontian, hari ini.

Titah Che’ Puan Khaleeda lagi, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

“Diharap program-program seperti ini dapat melahirkan insan yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif,” titahnya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top