BM | EN | 中文

Pasport kesihatan Immunitee Malaysia berjaya lakukan pengesahan pertama penumpang di Singapura

immunitee-Malaysia.png
Advertisement

SINGAPURA, 14 APR: Immunitee, aplikasi pasport kesihatan Malaysia berasaskan blockchain awam berjaya melakukan pengesahan penumpang langsung pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Singapura pada 10 April, menggunakan keputusan digital ujian calitan COVID-19 elektronik berasaskan blockhain yang terjamin dan tanpa kertas.

Secara kerjasama dengan Qualitas Medical Group, penumpang berkenaan melakukan ujian calitan RT-PCR beliau di klinik Qualitas dan keputusannya disimpan secara terus ke dalam blockchain membolehkan kod QR beliau dalam aplikasi Immunitee dapat dibaca dan diterima oleh imigresen di Singapura.

“Immunitee berjaya mencapai kejayaan penting ini. Kami percaya kekuatan kami terletak pada bagaimana kami mengambil serius tentang keselamatan data dan maklumat sulit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Immunitee Health Passport Datuk Dr Nick Boden, dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Immunitee membolehkan pengguna menyimpan keputusan ujian calitan COVID-19 mereka dalam blockchain awam, memastikan bentuk keselamatan data tertinggi dan mencegah keputusan ujian palsu daripada digunakan untuk menaiki pesawat.

Menerusi rangkaian makmal dan klinik rakan kerjasama Immunitee di Malaysia dan negara negara ASEAN lain dan pengesahannya di sistem pengesahan sejagat Affinidi yang diasaskan Temasik, pengalaman perjalanan yang lancar, selesa dan selamat kini hampir menjadi kenyataan.

Pada 10 Feb, Immunitee mengumumkan kerjasamanya dengan Affinidi untuk membolehkan pasport kesihatan pertamanya di terima di Singapura, menerusi platform digital Unifier Affinidi.

Advertisement

“Kejayaan Proof of Concept kami dan kehadiran sistem pengesahan sejagat Affinidi di tambak, juga bermakna Immunitee boleh memainkan peranan penting dalam urusan keluar dan masuk orang ramai dari Johor dan ke Singapura dengan cepat dan selamat,” kata Boden.

Mengenai pelan pengembangannya, beliau berkata syarikat itu ketika ini sedang merancang untuk berkembang ke negara-negara ASEAN lain, United Kingdom dan Afrika Selatan, bagi membolehkan lebih ramai orang menyimpan maklumat penjagaan kesihatan mereka dengan selamat di blockchain.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top