BM | EN | 中文

Pasca Covid-19: Pembangunan sosial rakyat Johor perlu diberi perhatian

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg

Nor Hayati Bachok, Adun Maharani

Advertisement

MUAR, 17 JUN: Sudah tiba masanya kerajaan Johor mengusahakan langkah-langkah pembangunan sosial di kalangan masyarakat khususnya wanita dan anak muda.

Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Johor, Norhayati Bachok berkata, kekhuatiran timbul apabila ramai di kalangan masyarakat di negeri ini mulai hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Boleh kita lihat rata-rata laporan menyatakan bahawa semakin hari jumlah golongan yang terkesan dari krisis Covid-19 ini meningkat seperti kehilangan kerja dan punca pendapatan seisi rumah.

Advertisement

“Ia membimbangkan kerana akan mendatangkan masalah sosial, jenayah dan akhlak di kalangan masyarakat.

“Jadi, kerajaan perlu membuat tindakan segera menggariskan beberapa faktor penting dalam menguruskan sosial masyarakat di negeri ini seperti pembangunan modal insan di kalangan wanita dan anak muda agar mereka mampu dikawal serta tidak cenderung melakukan aktiviti yang tidak sihat,” katanya.

Adun Maharani itu berkata, sudah terdapat beberapa kes yang membabitkan salah laku jenayah kecil yang berlaku akibat tekanan hidup.

Advertisement

Katanya lagi, perkara tersebut dibimbangi merebak menjadi masalah lebih besar akibat desakan hidup berpanjangan.

“Kesan dari tekanan hidup yang dialami individu ini akan mengakibatkan mereka bertindak melakukan kegiatan di luar jangka seperti mencuri, menipu dan sebagainya.

“Kita khuatir perkara ini akan terus merebak besar sehingga mengakibatkan jenayah berbentuk ekstrem sehingga payah dikawal.

Advertisement

“Garis panduan pendidikan serta kerohanian perlu dijalankan segera bagi mengimbangi keadaan ini selain kerajaan perlu segera menyelesaikan permasalahan kehilangan kerja,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top