BM | EN | 中文

Pasca Covid-19: Kukuhkan semula ekonomi setempat, pesan Dr Maszlee

Kedai-Buah-Safari-Dr-Maszlee-Simpang-Renggam.jpg

Dr Maszlee menyarankan orang ramai untuk membeli barangan dari peniaga kecil bagi menghidupkan ekonomi setempat

Advertisement

KLUANG, 24 JUN: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyarankan orang ramai untuk menggerakkan ekonomi setempat dengan membeli barangan dihasilkan usahawan dan peniaga tempatan.

Beliau berkata, dengan membeli barangan tempatan di kawasan masing-masing ia mampu merancakkan kegiatan ekonomi dan menghidupkan peluang pekerjaan di kalangan penduduk setempat, terutamanya pasca pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Di Simpang Renggam, antara golongan yang terkesan baru-baru ini dengan pelaksanaan PKP ialah peniaga kecil dan sederhana seperti Kak Safari ini.

Advertisement

“Mereka ini bergantung sepenuhnya kepada jualan di tepi jalan dan pembelian daripada masyarakat setempat.

“Ekonomi Simpang Renggam banyak bergantung kepada peniaga PKS seperti ini. Merekalah yang membina dan memastikan ekonomi terus digerakkan dan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan.

“Selalulah singgah membeli barang dari peniaga kecil. Kita kukuhkan semula ekonomi setempat dan sokong produk tempatan,” kata Maszlee dalam kiriman di laman Facebook beliau.

Advertisement

Beliau terdahulu turut singgah di Kedai Buah Safari yang menjual buah-buahan kampung, pelbagai jenis ubi dan makanan ringan seperti kerepek.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Maszlee bersama NGO Anak Jati Simpang Renggam (AJSR) turut mengagihkan 60 pek bantuan makanan kepada para asnaf, ibu tunggal, teman-teman OKU dan warga emas di sekitar Simpang Renggam.

Tambah beliau, kegiatan kebajikan untuk membela nasib penduduk setempat kini menjadi satu keperluan dan ia perlu digerakkan oleh pertubuhan NGO yang dipimpin oleh orang muda.

Advertisement

“Kawasan di sini kebanyakannya merupakan kampung-kampung kecil yang kini didiami orang tua-tua.

“Saya amat berbesar hati untuk melihat dan membantu anak jati Simpang Renggam untuk terus menabur bakti di tempat mereka sendiri. Terima kasih dan tahniah NGO AJSR atas usaha yang amat murni ini.

“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam akan terus mendukung dan menyokong usaha sama seperti ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top