BM | EN | 中文

Pasca Covid-19, kerajaan negeri lihat potensi wilayah ekonomi Singapura-Johor-Riau

sijori-jpeg.png

Gambar Hiasan: Buku The SIJORI Cross-Border Region: Transnational Politics, Economics, and Culture yang diterbitkan Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) Singapura

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 APR: Kerajaan Johor berhasrat untuk melihat dan menilai semula bagi memperkasakan kawasan segitiga wilayah pertumbuhan SIJORI atau Singapura-Johor-Riau (Indonesia).

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, sudah tiba masanya kawasan pertumbuhan ekonomi serantau seperti SIJORI diaktifkan semula untuk meneroka semua potensi yang masih ada di Singapura, Johor dan Indonesia.

“Kerajaan negeri Johor menyedari kerjasama ekonomi pasca Covid-19 haruslah lebih terbuka, terangkum dan inovatif.

Advertisement

“Johor tidak boleh bersendirian dalam mereformasikan sektor ekonominya pasca Covid-19.

“Kita perlu mengembleng kerjasama negara serantau dengan berkongsi kebijaksanaan menerusi kestabilan politik dan hubungan diplomatik yang matang antara satu sama lain,” kata Hasni dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menubuhkan Bank Digital bagi memanfaat dan merancakkan ekonomi digital serta ekonomi masahadapan (economy of the future) di negeri ini.

Advertisement

Kewujudan Bank Digital ini akan menjadikan sektor kewangan lebih inklusif dan berupaya untuk memberikan khidmat kewangan yang lebih berkualiti serta bertanggungjawab bagi semua segmen pasaran.

“Untuk makluman, perbankan digital terutamanya bidang teknologi kewangan atau fintech sedang berkembang pesat ketika ini. Pada tahun 2014, 52 peratus daripada penduduk Asia Tenggara menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian dan jumlahnya semakin meningkat kini.

“Menyedari peluang dan potensi luas ini, kerajaan Johor harus merebut peluang dan menceburi bidang ini.

Advertisement

“Ini kerana ekonomi digital adalah sebahagian daripada norma baharu pasca Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top