BM | EN | 中文

Pasaraya terkenal sertu taman permainan kanak-kanak selepas tular pengunjung bawa anjing

samak-2-01-scaled.jpg

Tangkapan layar tular pengunjung membawa anjing di taman permainan kanak-kanak di pasaraya berkenaan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB : Susulan tular seorang pengunjung membawa anjing di taman permainan kanak-kanak di sebuah pasaraya terkenal sekitar bandaraya ini, pihak pengurusan syarikat berkenaan mengambil langkah membersihkan kawasan sekitarnya mengikut upacara umat Islam iaitu sertu.

Menerusi kenyataan di Facebook pasaraya berkenaan semalam memaklumkan pihaknya memahami kebimbangan orang ramai dan telah mengambil langkah yang perlu dalam hal itu.

“Semua maklum balas pelanggan kami sangat berharga kepada kami dan kami akan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pusat membeli-belah kami selesa.

Advertisement

Langkah pembersihan mengikut upacara umat Islam iaitu sertu yang dilakukan pengurusan pasaraya itu

“Berhubung dengan kejadian baru-baru ini, kami benar-benar memahami kebimbangan orang ramai dan kami telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membersihkan kawasan sekitarnya mengikut upacara-upacara umat Islam (sertu).

“Sekali lagi, kami menyesal atas sebarang kesulitan yang timbul dan kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan semua pelanggan kami akan terus mempunyai pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dengan kami,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular di di Facebook gambar seorang pengunjung membawa seekor anjing di taman permainan kanak-kanak di pasaraya itu.

Advertisement

Pengguna Facebook berkenaan meluahkan kebimbangan terhadap kanak-kanak yang bermain di situ perlu disamak kerana khuatir terdapat kesan lelehan air liur haiwan itu.

Kenyataan sama turut mendakwa sebelum ini pernah berlaku kejadian pengunjung membawa anjing di dalam troli di pasaraya sama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top