BM | EN | 中文

Pasar Taman Johor Jaya ditutup seminggu, sembilan kes positif dikesan

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Pasar Taman Johor Jaya di sini, telah diarahkan tutup serta-merta ekoran terdapat beberapa kes positif Covid-19 yang dikesan melibatkan premis berkenaan baru-baru ini.

Arahan penutupan selama seminggu bermula hari ini hingga 7 September itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengawal penularan wabak berkenaan.

Ahli Majlis MBJB Zon Johor Jaya, Chan San San berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan individu dilaporkan positif Covid-19 daripada kawasan berkenaan.

Advertisement

“Kesemua sembilan individu berkenaan telah diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Kerja sanitasi telah dilakukan di sekitar pasar ini hari ini, namun esok MBJB akan melakukan kerja-kerja sanitasi di kawasan ini sekali lagi,” katanya, lapor Utusan Online.

Tambah San San, orang awam yang pernah mengunjungi pasar tersebut dalam tempoh beberapa hari lalu dinasihati untuk melakukan ujian saringan dan melakukan kuarantin di rumah.

Advertisement

“Sekiranya mereka menunjukkan simptom atau mempunyai masalah kesihatan, sila dapatkan rawatan dengan segera,” ujarnya.

Jelasnya lagi, ekoran penutupan pasar berkenaan, peniaga yang sebelum ini beroperasi di luar premis juga diminta untuk menghentikan operasi mereka buat sementara waktu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top