BM | EN | 中文

PASAR TAMAN DAHLIA BERWAJAH BAHARU

IMG-20191207-WA0027.jpg

JOHOR BAHRU, 7 DIS : Johor Corporation (JCorp) menerusi syarikat kumpulannya, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) menyerahkan 105 lot kedai baharu di Pasar Taman Dahlia, di sini, hari ini.

Antara penyewa bergambar bersama sempena Majlis Penyerahan Gerai Baharu Pasar Taman Dahlia

Penambahbaikan lot gerai berkenaan telah dimulakan kerja-kerja pembinaan sejak Jun lepas dan menelan belanja sebanyak RM2.7 juta.

Pengarah Eksekutif DASB, Yusaini Sidek berkata, pasar berkenaan berkeluasan 16,800 kaki persegi dan turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Atas dasar meningkatkan keselesaan peniaga dan pelanggan, kita telah melaksanakan kerja-kerja pembangunan semula Pusat Perniagaan Taman Dahlia  bermula 1 Jun 2019 lalu.

“Alhamdulillah, projek telahpun siap sepenuhnya dua minggu lebih awal sekaligus dapat diserahkan kepada peniaga-peniaga di sini sebagaimana yang dijadual dan dijanjikan.

“Semoga kemudahan dan penambahbaikan ini dapat memanfaatkan para peniaga dan penyewa di sini,” katanya ketika memberi ucapan sempena Majlis Penyerahan Gerai Baharu Pasar Taman Dahlia, di sini, hari ini.

Yusaini berkata, buat masa ini, lot-lot kedai berkenaan telah penuh hampir 95 peratus yang mana ianya terdiri daripada penyewa lama.

“Terdapat juga penambahan lot-lot gerai baharu di sini seperti seperti lot yang menjual barangan runcit, telur, rempah dan produk sejuk beku,” katanya lagi.

Pusat Perniagaan Taman Dahlia mula beroperasi pada September 1997 dengan  menyediakan kemudahan ruang niaga kepada 165 peniaga di sekitar Batu 5, Tampoi.

Kini, setelah beroperasi lebih 22 tahun, pusat perniagaan berkenaan telah menempatkan hampir 400 peniaga.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top