BM | EN | 中文

Pasar Segar Terkawal, Pasar Tani ditambah di negeri Fasa Dua PPN

pasar-tani.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUL: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAR) merancang untuk menambah 10 Pasar Segar Terkawal (PST) dan 14 Pasar Tani di negeri yang berada di Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata langkah itu bagi memastikan kelangsungan bekalan dan pengedaran makanan negara sekali gus dapat membantu 2,595 petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Kita memang dalam perancangan untuk menambah lagi PST seluruh negara dan apabila ada negeri-negeri yang beralih kepada fasa dua, kits bukan hanya tambah PST tetapi juga Pasar Tani.

Advertisement

“Dijangka 10 buah PST dan 14 Pasar Tani itu akan memulakan operasi dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media di pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor di sini hari ini.

PST dan Pasar Tani hanya dibenarkan beroperasi di negeri-negeri beralih ke Fasa Dua PPN, manakala hanya PST sahaja yang beroperasi di negeri fasa pertama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perancangan MAFI untuk menambah PST dan Pasar Tani di seluruh negara bagi membantu petani memasarkan produk mereka.

Advertisement

Sementara itu Ahmad berkata menerusi program MAFI Prihatin, sebanyak 300 penerima terdiri daripada petugas dan penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor serta beberapa rumah kebajikan di bandar raya ini hari ini menerima sumbangan sayur-sayuran dan buah-buahan hasil kerjasama Koperasi Pemasar FAMA Johor Berhad.

Setakat ini, MAFI Prihatin telah memberi manfaat kepada 22,774 orang terdiri daripada petugas barisan hadapan, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan di 89 lokasi seluruh negara, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 38.61 tan metrik hasil pertanian serta produk industri makanan telah disalurkan.

“Program ini dilancarkan atas tanggungjawab kita untuk membantu kerajaan menyampaikan bantuan kepada mereka memerlukan terutama yang terjejas ketika ini.

Advertisement

“Pada masa sama, kita juga dapat membantu petani dan usahawan kerana barangan yang kita berikan itu adalah produk keluaran mereka,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top