KLUANG, 13 DIS: Pasar pagi Kampung Paya di Kluang ditutup sementara bermula 10 Disember sebagai tindakan kawalan dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dalam satu kenyataan pada 9 Disember memaklumkan, penutupan itu berkuatkuasa pada 10 Disember sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
“Penutupan ini sebagai tindakan kawalan dalam membendung penularan wabak COVID-19 dan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuatkuasa.
“Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dalam memastikan keberkesanan langkah-langkah pencegahan dan penularan wabak COVID-19 dapat dilaksanakan sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi.
Johorkini