BM | EN | 中文

Pasar Borong Pandan, Johor ditutup sehingga 31 Januari untuk sanitasi

Pasar-Borong-Pandan-JB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau, di sini ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Jan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi tadi.

Beliau semalam dilaporkan berkata pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Advertisement

“Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru Tai Wah Sun berkata pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan telah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan meskipun notis penutupan pasar dikeluarkan pagi tadi.

Katanya, kebanyakan warga pasar berkenaan sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan COVID-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top