BM | EN | 中文

Pasar Agro Selangor diwujud pastikan bekalan makanan cukup

Pasar-Agro-Selangor-diwujud-pastikan-bekalan-makanan-cukup-Ir-Izhar-Hashim.jpg

Izham Hashim melawat Pasar tani@ Khas Aidilfitri bagi menyantuni peniaga dan pengunjung serta memberi kupon dan kerepek di pekarangan Stadium Shah Alam pada 9 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 10 MEI: Pasar Agro Selangor diwujudkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan sampai kepada rakyat di seluruh negeri, kata Exco Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim.

Katanya, pasar itu berperanan seperti pasar tani dan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahan keperluan sentiasa mencukupi.

“Ia bukan mahu berlawan, bersaing dengan pasar tani sebab itu kita buat di lokasi yang jauh dari pasar tani dan berada di kawasan terdapat ramai pelanggan seperti kawasan flat.

Advertisement

“Ada tempat yang tetap ada juga ‘ad hoc’… ada yang bulanan ada yang mingguan. Ia bergantung kepada keperluan tempat itu.

“Kita guna kaedah memaklumkan menerusi Facebook dan memasang banting di kawasan terpilih bagi memaklumkan aktiviti berkenaan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan memberi kupon potongan harga kepada pengunjung di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini, semalam.

Advertisement

Katanya, beliau juga bercadang menggandingkan Lori Selangor Agro Market di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk bersama Pasar Agro Selangor di beberapa lokasi tertentu bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna.

Lokasi Pasar Agro Selangor meliputi Dengkil, Puchong, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Pasar Tani Selayang, My Farm Outlet Putrajaya, Seksyen 13 dan Seksyen 15 di Shah Alam.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top