BM | EN | 中文

Pasangan suami isteri tersesat di hutan simpan berjaya ditemui dalam keadaan lesu

bomba-1.jpg

Bomba berjaya menemui pasangan tersebut selepas tersesat di hutan.

Advertisement

MUAR, 5 JAN : Sepasang suami isteri berjaya ditemui anggota bomba dalam keadaan lesu selepas tersesat di kawasan hutan simpan dekat Paya Kopi berhampiran Flyover PLUS Jalan Pagoh menghala Parit Sulong, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Husaini Eddy berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan mangsa sesat itu pada jam12.30 tengahari.

Katanya, seramai enam anggota dengan sebuah jentera dari BBP Pagoh bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja mencari dan menyelamat.

Advertisement

Menurutnya, seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari balai bantuan BBP Batu Pahat dan sembilan anggota dari BBP Muar serta sebuah jentera turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian, didapati benar terdapat sepasang suami isteri berusia 58 dan 33 tahun telah sesat di dalam hutan sejak petang kelmarin.

“Mangsa telah dijumpai 3 kilometer daripada jalan utama dalam keadaan selamat tetapi lesu.

Advertisement

“Kami bertindak memberikan rawatan awal, makanan dan air kepada mangsa sebelum membawa keluar ke tempat yang selamat dan seterusnya menyerahkan kepada keluarga mangsa,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba tidak mempunyai makluman mengapa mangsa ke kawasan tersebut yang merupakan hutan simpan dan kawasan pokok kelapa sawit.

Katanya operasi ditamatkan pada jam 5.06 petang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top