BM | EN | 中文

Pasangan suami isteri terserempak harimau di Jalan Jemaluang-Tenggaroh

harimau-jalan-jemaluang-tenggaroh.png
Advertisement

MERSING, 28 OKT: Sepasang suami isteri tergamam apabila terserempak dengan “Pak Belang” ketika melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh.

Mohd Shahrum Salleh, 36 berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi semalam ketika beliau bersama isterinya Nurhidayahlaily Su’alman, 32, sedang melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh bagi urusan mendapatkan sanitasi

Kata Mohd Shahrum, ketika kejadian beliau sedang mamandu kereta dan hujan gerimis.

Advertisement

Apabila terlihat haiwan liar itu di tepi jalan menyebabkan beliau terus memberhentikan kereta.

“Apabila saya cuba jalan (pandu kereta), harimau itu bangun.

“Kemudian harimau itu melintas, memang berderau darah melihat fizikalnya yang besar dan badannya yang melayut menjejak jalan.

Advertisement

“Dalam masa kira-kira dua minit itu, kami memang cemas, isteri yang sempat merakam gambar pun terketar-ketar, dan selepas hilang dari pandangan, saya segera bergerak meninggalkan kawasan itu,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, dia kerap menggunakan laluan itu untuk bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu dan itu adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman itu seumur hidup.

“Biasanya memang kami suka memberi monyet liar makan roti atau pisang di tepi Jalan Jemaluang itu, kalau nak kata gajah itu biasa kami nampak.

Advertisement

“Patutlah sejak empat hari lalu monyet-monyet di kawasan tepi jalan tidak kelihatan, rupa-rupanya ada Pak Belang di situ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminudin Jamin, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pada 20 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan mengenai rakaman video harimau belang (panthera tigris) yang didakwa ditemui beberapa individu ketika menaiki pacuan empat roda di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top