PONTIAN, 24 JAN: Sepasang suami isteri maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Serkat, Pontian pada jam 4.50 pagi tadi.
Mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai Md Ehsan Sulaiman, 51, dan Norlaila Mohd Amin, 45, manakala mangsa cedera merupakan Muhammad Shahrul Razib, 21.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Samad Kijan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku tanpa melibatkan sebarang kenderaan lain.
“Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 2 jam dan selesai pada jam 7.20 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Johorkini