BM | EN | 中文

PASANG BENDERA TERBALIK: POLIS JOHOR AKAN AMBIL TINDAKAN

bendera-malaysia-johorkini.my_.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Polis Johor akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu atau pihak yang dikesan terlibat dalam memasang Jalur Gemilang terbalik di negeri ini, yang ada antaranya menjadi tular sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya memandang serius insiden berkenaan, yang disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap bendera Malaysia.

Katanya, kebelakangan ini telah dikesan beberapa insiden melibatkan penghinaan, terhadap bendera Malaysia, sama ada Jalur Gemilang itu dipasang, digantung secara terbalik, atau digunakan untuk maksud yang tidak sewajarnya.

Advertisement

“Polis Johor amat memandang serius tentang perkara ini, dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang mendapati melakukan kesalahan ini.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kedaulatan negara dan tidak menyebarkan berita-berita yang tidak dapat dipastikan sumber kesahihannya, yang mana ia boleh mengganggu-gugat keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu Bernama melaporkan beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemasangan Jalur Gemilang terbalik, yang dikesan di sebuah daerah di negeri itu sehingga menjadi tular baru-baru ini.

Advertisement

Kamarudin berkata pelaku boleh dikenakan undang-undang mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, di bawah Seksyen 504 KK, iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menyebabkan bangkit kemarahan dan pecah keamanan, boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100 sementara Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Advertisement

Boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top