BM | EN | 中文

PAS terus membisu isu iklan judi raya

iklan-judi-raya.jpg
Advertisement

LEDANG, 20 APR: Parti PAS yang sebelum ini lantang dalam soal berkaitan dengan sensitiviti agama dan umat Islam hari ini terus membisu dalam isu iklan judi raya yang tular.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, ternyata Pas selama ini hanya mempergunakan agama sebagai perisai parti mereka sahaja.

Katanya, tidak wujud PAS yang memperjuangkan agama Islam kerana kesungguhan parti itu tidak lagi kelihatan apabila sudah menjadi kerajaan.

Advertisement

Azhar Ismail

“Mana suara PAS dalam isu iklan judi raya? Memang jelas PAS hanya parti yang mempergunakan agama demi kepentingan diri mereka sendiri, sahaja tidak lebih dari itu.

“Kenapa jadi bisu bila jadi kerajaan? Inilah yang dikatakan hipokrit bila jadi kerajaan. Semuanya betul walaupun iklan judi raya tersebar luas tanpa dipantau dari awal.

“Rakyat sedang melihat bagaimana sebenarnya PAS mempergunakan agama hanya untuk menyelamatkan diri mereka sahaja, bukan demi agama Islam yang menyeluruh,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Ketua Parti AMANAH Ledang berkata, matlamat PAS telah tersasar jauh selepas mereka memegang tampuk kuasa.

Katanya, sebelum ini PAS yang dikatakan sebagai pengimbang untuk perjuangan Islam telah jauh terpesong akibat kemabukan kuasa.

“Dulu PAS ini berjaya mengharamkan iklan arak yang menjadi tontonan umum sekitar tahun 70-an dan perkara itulah yang selalu dicanang oleh PAS di setiap ceramah mereka.

Advertisement

“Tapi kini dari tak ada iklan judi menjadi ada.

“Inilah gambaran bahawa PAS hari ini telah jauh terpesong dari perjuangan mereka kerana mabuk kuasa dan harta.

“Di zaman pemerintahan PH (Pakatan Harapan) pun tidak ada iklan judi.

Advertisement

“Hari ini di zaman pemerintahan Melayu-Islam, iklan judi raya ada. Ini suatu perkara yang jelas hipokrit,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top