BM | EN | 中文

PAS tak perlu bertanding di Johor, jadi pengikut setia kerajaan

azhar-ismail.jpg
Advertisement

LEDANG, 14 MAC : PAS Johor dicadangkan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) di Johor dan hanya perlu menjadi pengikut setia kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata demikian mengulas pelantikan Ketua Kampung yang dikatakan menyisihkan ahli dari komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Ujarnya lagi, PAS bukanlah sebuah parti yang berfungsi baik di negeri ini dan dilihat tidak berperanan dalam pentadbiran di Johor.

Advertisement

“Apa sumbangan PAS di Johor? Lebih baik Pas buat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU akan datang di Johor.

“Sehingga kini Pas tidak ada sebarang sumbangan langsung kepada pembangunan negeri. Apa yang mereka tahu hanya sibuk mencatur siapa ketua kampung, siapa ahli majlis dan pelbagai lagi lantikan politik.

“Satu DUN yang dimenangi PAS akan diisi oleh parti Bersatu yang mana sebelum ini dimenangi disebabkan kegagalan calonnya untuk bertanding,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut membayangkan bahawa pada PRU ke-15 nanti PAS akan dibuli rakan gabungan mereka sendiri.

“Jangkaan saya dalam PRU ke-15 nanti PAS akan terhapus kerana mereka tidak dikenali di negeri ini selepas dilihat tidak berfungsi.

“Itulah nasib PAS, sedangkan hari ini pun tetap dipandang sepi rakan mereka.

Advertisement

“Saya nasihatkan PAS lebih baik berhenti dari terus berpolitik di Johor ini dan tidak bertanding di negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top