BM | EN | 中文

“PAS lemas dalam janjinya sendiri”

parti-PAS.jpg
Advertisement

MERSING, 29 JUL: Selepas kes kematian anggota bomba Adib dan isu pemandu mabuk kini riuh pula suara-suara sangsi yang menyebut soal Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang sebelum ini kuat dicanang oleh parti Pas.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Azam Razak berkata Pas kini boleh diumpamakan seperti lemas dalam janjinya sendiri apabila apa yang diperjuangkan mereka tidak mampu dilaksanakan selepas menjadi kerajaan.

Katanya Pas sebelum ini sebagai pembangkang hanya memainkan isu tersebut demi meraih sokongan dan perhatian umum sahaja serta tidak ada langsung semangat dan bersungguh untuk merealisasikan apa yang dijanjikannya.

Advertisement

“Pas pandai berjanji akhirnya kini mereka dalam konflik yang tersepit untuk mengotakan janji mereka itu.

“Apa yang jelas, pemimpin Pas hanya menepis janjinya itu serta menuding jari ke arah perkara demi lain menyelamatkan diri mereka.

“Inilah hakikat sebenarnya perjuangan Pas yang selama ini. Hanya pandai bermain janji.

Advertisement

“Kini Pas sibuk menggali isu lain dan mengalihkan perhatian umum dari menyalahkan mereka akibat dari janji yang ditaburkan selama ini,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Azam berkata di negeri Johor khususnya Pas seperti tidak berfungsi dalam pelbagai isu membabitkan soal sosial mahupun kebajikan.

“Di Johor, Pas sebahagian dari kerajaan negeri. Apa yang pasti Pas tidak meletakkan matlamat perjuangan mereka di hadapan apatah lagi berbicara soal RUU 355.

Advertisement

“Apakah mereka kini sudah tidak ada suara untuk berhujah soal janji-janji mereka atau sebenarnya dihalang oleh rakan komponen Perikatan Nasional (PN) mereka dari Umno?

“Pas harus menjawab soal janji mereka secara jelas bukan dengan melarikan diri.

“Sekiranya mereka benar-benar memperjuangkan agama Islam, mereka tidak harus menelan kata-kata seperti ‘munafik’ kerana tidak menunaikan janji.

Advertisement

“Saya turut bersimpati kepada \mereka yang mempercayai Pas akan membawa RUU 355 seperti golongan yang berhimpun di Padang Merbok pada 18 Februari 2017 yang lalu,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top