BM | EN | 中文

Pas Johor tunggu arahan pusat isu UMNO bergerak solo

pas-johor-sejahtera-bersama-islam.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Pas Johor enggan mengulas sebarang kenyataan berhubung keputusan UMNO negeri yang mengesahkan tidak akan bersama parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, perkara itu hanya akan diulas selepas pihaknya menerima arahan lanjut daripada pimpinan tertinggi parti.

“Buat masa ini saya tiada komen. Tunggu keputusan (Pas) Pusat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang mewakili parti itu menyatakan pendirian untuk bergerak solo pada PRU15 nanti.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pendirian untuk bergerak sendirian pada pilihan raya itu menjadi pegangan parti di peringkat bahagian atau cawangan untuk lebih berusaha memenangi hati pengundi.

Pendirian itu juga secara jelas menunjukkan haluan parti yang sudah bersedia mengetepikan Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara kedua-dua parti itu pada September 2019.

Advertisement

Keputusan itu juga menyaksikan sokongan diraih daripada beberapa Bahagian UMNO di negeri ini antaranya Bahagian Pulai dan Bahagian Pasir Gudang yang menolak kerjasama bersama Pas sekali gus membubarkan MN sebelum PRU15.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top