BM | EN | 中文

Pas Johor selalu disisih

salahuddin-ayub.jpg

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Parti Pas terutamanya di Johor sering dianaktirikan, dan ia terbukti dengan penyisihan parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, nasib yang menimpa Pas seolah-olah menunjukkan parti itu tidak ada nilai dan harga dari pandangan pemerintah yang diketuai oleh Umno, terutamanya di Johor.

Salahuddin ketika dihubungi berkata, sememangnya Umno hanya mempergunakan Pas untuk mendaparkan kuasa, bukannya ikhlas dalam hubungan sebagai seorang sahabat karib.

Beliau mengimbau sejarah sewaktu kerajaan Barisan Nasional pada 1974 yang ketika itu disertai Pas dan parti itu dijadikan alat Umno mendapat mandat pemerintahan.

“Inilah yang berlaku semasa dalam kerajaan campuran di tahun 1974. Memang di zaman itu, agihan kerusi di Johor memperlihatkan bahawa Pas selalunya dianaktirikan.

“Pas tidak belajar daripada kesilapan. Hanya segelintir saja daripada pimpinan yang mendapat jawatan dan ghanimah serta tidak mendapat apa di negeri-negeri di kawasan pantai barat di semenanjung.

“Seperti di Johor, Pas telah disampahkan oleh Umno dan sememangnya Pas tidak ada makna langsung bagi Umno di Johor,” jelasnya.

Sementara itu, pagi ini tular di aplikasi whatsapp gambar kain rentang tertera kandungan mendakwa Umno di Johor telah menipu Pas.

Kain rentang tersebut menyatakan tanda protes akar umbi Pas yang tidak berpuas hati dengan agihan jawatan di negeri ini.

Dalam kiriman gambar diterima Johorkini menunjukkan kain rentang mengandungi perkataan ‘Umno sapu semua’ dipercayai merujuk kepada jawatan-jawatan lantikan kerajaan Johor seperti pengerusi agensi, ahli majlis dan ketua kampung.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top