BM | EN | 中文

PAS Johor perlu tangani masalah rakyat, bukan utamakan lantikan politik

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 MEI: Parti PAS dikecam apabila kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin yang mendakwa diri mereka tersisih dari jawatan lantikan politik di negeri ini.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, tindakan PAS itu tidak sesuai dengan keadaan ketika ini.

Jelasnya ketika dihubungi, PAS perlu melihat keadaan rakyat sebagai keutamaan bukan memburu jawatan serta lantikan politik dalam kerajaan negeri.

Advertisement

“Mana suara PAS yang mahu membawa agenda rakyat sebelum ini? Hari ini sudah ditakdirkan PAS menjadi sebahagian dari kerajaan, tibalah masanya PAS membuktikan khidmat mereka kepada rakyat.

“Apakah ketika ada penjawatan sahaja PAS mahu berbakti dan sekiranya mereka tidak ada jawatan maka kebajikan dan perkhidmatan kepada rakyat terus terkubur?

“Ini bukan masa PAS mahu mengungkit soal jawatan lantikan politik kerajaan negeri. Ini masa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang berada dalam kesusahan.

Advertisement

“Hari ini PAS mahu bersuara, tapi sayangnya bukan bersuara untuk kepentingan rakyat. Suara mereka hanya kerana tidak dapat jawatan,” kata Khalim lagi.

Sebelum ini pada 1 Mei lalu, PAS Johor secara terbuka menyatakan rasa tersisih mereka dalam isu pembahagian majlis kerajaan tempatan serta ketua kampung di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata setakat ini pelantikan ke jawatan itu di Muar, Simpang Renggam dan Kota Tinggi tiada seorang pun wakil PAS dipilih.

Advertisement

Katanya hal itu bercanggah dengan persetujuan dicapai di antara PAS dan kerajaan negeri sebelum ini.

Ia berlaku ketika Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu yang menjadi tulang belakang PN dan walaupun Umno baru-baru ini ‘memujuk’ PAS agar kembali ke pangkal jalan, namun parti itu bertegas mahu mengekalkan status quo mereka atas alasan demi perpaduan ummah.

Abdullah berkata apa yang berlaku sekarang menghantar isyarat yang salah kepada usaha memperkasa Muafakat Nasional (MN) khususnya di Johor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top