KLUANG, 17 MAC: Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Johor menubuhkan jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz dilantik sebagai secara rasmi sebagai ketua pemuda PN Johor.
Pelantikan itu dibuat dalam satu mesyuarat pemuda PN negeri Johor yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Johor, di Simpang Renggam, semalam.
Menurut kenyataan itu empat lagi ahli jawatankuasa turut dilantik iaitu Faizal Rizal Abd Hamid, Muhamad Zulfadhli Zulkifly, Mohd Firdaus Jaffar dan Mohamad Syafiq Mohd Khairul Sam.
“Mesyuarat ini juga turut membincangkan program bersama pemuda Perikatan Nasional negeri dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat.
“Dengan terbentuknya jawatankuasa pemuda Perikatan Nasional negeri Johor, insya-Allah segala program dan perancangan pemuda PN Johor akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” menurut kenyataan itu lagi.
Johorkini