BM | EN | 中文

Parti Pejuang kemuka pendaftaran ke ROS

Parti-Pejuang-Tanah-Air-daftar-ROS.jpg

Mukhriz menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti Pejuang di Putrajaya hari ini (Gambar Ehsan The Star)

PUTRAJAYA, 19 OGOS: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad hari ini mengemukakan pendaftaran ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya.

Pendaftaran itu dihantar oleh sekumpulan pemimpin parti, diketuai Presidennya Mukhriz Mahathir.

Beliau yang juga ahli parlimen Jerlun diiringi beberapa bekas ahli parlimen Bersatu yang digugur keahlian kerana bersama Tun Dr Mahathir.

Antaranya Dr Maszlee Malik, Dr Shahruddin Md Salleh, dan bekas setiausaha agung Bersatu Marzuki Yahya.

Penubuhan parti ini diumumkan oleh Dr Mahathir pada 7 Ogos lalu, bertujuan sebagai wadah baharu untuk menggantikan Bersatu yang mereka dakwa dirampas perjuangannya oleh presiden parti Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri.

Bersatu baru-baru ini menyingkirkan hampir 300 ahlinya termasuk wakil rakyat di negeri dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, yang tidak bersama mendukung kerajaan Perikatan Harapan pimpinan Muhyiddin.

Bersatu sebelum itu mengumumkan pemberhentian keahlian Dr Mahathir dan lima ahli Parlimen lain yang bersamanya kerana menyokong pembangkang.

Bercakap kepada wartawan selepas itu, Mukhriz berkata mereka berharap RoS boleh meluluskan permohonan itu secepat mungkin.

Bekas menteri besar Kedah itu juga berkata Pejuang akan melakukan pemilihan secepat mungkin kerana ia sudah meluluskan pemilihan 12 ahli Majlis Eksekutif.

Beliau turut mengesahkan yang Dr Mahathir akan menjadi pengerusi parti.

“Ramai orang meluahkan minat menyertai kami. Kami akan memulakan proses dalam talian untuk mereka sertai kami.

“Mereka boleh memohon sebaik sahaja parti diluluskan,” katanya, seperti dilaporkan The Malaysian Insight.

Beliau turut menjelaskan maksud logo parti, berkata tulis Jawi bermaksud “Pejuang” dan tiga titik atas logo pula melambangkan Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top