BM | EN | 中文

Parti PAS diminta bentang pelan pembangunan Islam

Ustaz-Azam-Razak.png
Advertisement

MERSING, 15 DIS: Parti Pas diminta menyatakan pendirian berkenaan dengan pelan pembangunan Islam yang sebelum ini sibuk diperjuangkan parti itu namun sepi selepas menjadi kerajaan.

Berkata tentang perkara itu, Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Abdul Razak berkata ternyata Pas hanya menggunakan agama sebagai perisai mereka dalam berhadapan dengan lawan politik mereka sahaja.

Ujarnya, Pas tidak bersungguh dalam menjayakan Islam secara mutlak apabila mereka mendapat kuasa di peringkat persekutuan dan beberapa negeri.

Advertisement

“Apa yang dikejarkan mereka selama inj hanyalah kuasa dan mereka memperolehinya, mereka akan terus membiarkan perjuangan mereka yang kononnya untuk Islam secara mutlak terabai.

“Sehingga hari ini tiada gagasan yang utuh dipamerkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini. Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) memerintah kita boleh lihat bagaimana bersungguhnya usaha membawa suara ‘Rahmatan Lil Alamin’ dibuat.

“Hari ini Pas ada tiga negeri yang mereka perintah namun umum melihat ia semakin kalut apabila setiap hari ada sahaja kenyataan dan laporan terhadap tiga negeri itu yang merapu,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut menyentuh soal peranan Pas di Johor yang dilihat sebagai dikesampingkan dari arus pemerintahan di negeri ini.

Tambahnya, tindakan Pas yang mempergunakan Islam ini akan membawa padah kepada agama tersebut dan ia menyentuh sehingga soal keyakinan umatnya.

“Di Johor kita lihat peranan Pas terlalu kecil sehingga selalu dikesampingkan dan sehingga hari ini kita tidak lihat langkah yang konkrti berkenaan dengan Islam dipersembahkan kepada rakyat di negeri ini.

Advertisement

“Apa peranan Pas dalam membentuk akidah masyarakat yang semakin hari mulai hilang keyakinan kepada pendakwah akibat cerminan yang ditonjolkan oleh pemimpin Pas.

“Sedarkah pemimpin Pas umum hari ini mulai muak dengan sikap yang ditonjolkan olehbpendakwah Islam akibat ‘cakap tak serupa bikin’ yang diperlakukan oleh parti itu,” ujarnya lagi.

Beliau turut menasihatkan agar Pas berhenti menggunakan dalil dalam menyelamatkan diri mereka dari terus dikritik akibat sikap yang mereka tonjolkan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top