BM | EN | 中文

PARTI KOMPONEN PH BEKERJASAMA BAIK DI PRK TANJUNG PIAI

IMG-20191110-WA0045.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 10 NOV: Pengarah Jentera Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, kerjasama antara parti komponen PH dalam keadaan baik.

Advertisement

Beliau yang juga Menteri Besar Johor sekaligus menafikan terdapat perselisihan antara parti komponen yang boleh menjejaskan kempen mereka dalam PRK ini.

“Setakat ini, saya masih berkempen bersama-sama dengan ahli DAP. Hubungan bersama semua parti komponen baik dan mesra, kami boleh bekerjasama.

“Apa yang penting sekarang adalah kita perlu fokus untuk memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas menghadiri program Santai Petang Bersama Komuniti Nelayan yang diadakan di Kukup, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas ditanya berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengakui terdapat segelintir ahli parti itu yang tidak gembira kerana perlu membantu berkempen dalam PRK Tanjung Piai.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu, Dr Sahruddin turut memberitahu pihaknya tidak maklum akan dakwaan pemberian kad sim kepada penduduk dalam siri kempen PH di PRK Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

“Saya tidak maklum tentang itu, jadi saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenainya,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top