BM | EN | 中文

Parti harus juarai isu rakyat, khusus ketika bencana

Mariam.jpg

Mariam

Advertisement

SEGAMAT, 24 DIS: Parti politik harus menjuarai isu rakyat khususnya ketika bencana alam.

Biro Kebajikan Wanita Amanah Nasional, Mariam Abd Rashid berkata, walaupun Pakatan Harapan (PH) telah menjadi kerajaan, namun tidak boleh hanya mengharapkan agensi berkaitan menghulurkan bantuan.

“Maka, setiap parti perlu berganding bahu membantu mereka yang memerlukan. Utamakan isu rakyat dahulu,” katanya ketika memberi ucapan dalam Program Misi Bantuan Banjir Amanah Johor dan Amanah Selangor, di sini, pagi tadi.

Advertisement

Tambah Mariam yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Selangor, Amanah Johor dan Amanah Selangor sentiasa bekerjasama bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika ramalan mengenai banjir gelombang kedua itu terjadi di Johor, Amanah Selangor sedia membantu”

“Selain bantuan seperti sumbangan kami siap menggerakkan sukarelawan seluruh Selangor dan bantu apa yang termampu,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top