BM | EN | 中文

Parti Amanah perlu ubah strategi agar lebih mudah diterima

Amanah-Parti-Amanah-Negara.jpg

Gambar Ehsan NSTP/ZAMAN HURI ISA

Advertisement

Oleh: Abdullah Fikri Bariman

Amanah yang dilihat progresif dalam kerangka Muslim-Demokrat dilihat sukar mewarnai wacana Malaysia yang lebih berpaksikan Melayu-Islam konservatif.

Amanah merupakan komponen utama Pakatan Harapan seperti tidak mampu menembusi masyarakat Melayu luar bandar yang kekal menjadi kubu utama Pas dan UMNO.

Advertisement

Istilah ‘Rahmatan lil-alamin’ dilihat terlalu moden, tidak merakyat dan tidak dapat digapai maksudnya.

Gagasan idea

Gagasan ‘Rahmatan lil-alamin’ tidak berjaya menaut hati malah hanya berlegar-legar di kalangan intelektual. Ia nampaknya terlalu asing dan tidak disambut baik oleh rakyat kebanyakan.

Advertisement

Sedangkan gagasan pembangunan negara berpaksikan tema Islami bukanlah asing, malah pernah dibawa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi – dengan Islam Hadhari – kemudian dibalas pula dengan Hadharah Islamiah oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tema perbincangannya lebih merakyat, mudah difahami bahkan juga didebatkan di kedai kopi. Jika ditanya kepada rakyat kebanyakan mereka cepat tangkap idea gagasan Islam Hadhari. Tetapi bila ditanya ‘Rahmatan lil-alamin’ – mereka diam membisu.

Amanah mesti lebih realistik, lebih bijak membaca politik Melayu-Islam kerana negara kita pada PRU-15 nanti akan didominasi oleh 70 peratus pengundi Melayu-Islam.

Advertisement

Bandar – Luar Bandar

Jelas pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Amanah ditolak di kawasan majoriti Melayu, Lihat saja di pantai timur, di Kelantan dan Terengganu. PAS sapu bersih hingga tiada satu pun kerusi Parlimen dimenangi oleh Amanah.

Semuanya tumbang di tangan PAS. Hanya kerusi yang dipertandingkan tiga penjuru dan kawasan urban sahaja dimenangi Amanah.

Advertisement

Dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membawa perjuangan naratif Melayu-Nusantara keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka Amanah perlu bijak mengisi kelompangan ini – iaitu dengan menyantuni dan menjuarai isu Melayu-islam.

Komponen PH akan dilhat dengan lompong besar apabila tiadanya parti komponen yang mengisi naratif Melayu-Nusantara ini.

Amanah mempunyai potensi besar dan mampu menjadi tunjang kepada kekuatan Pakatan Harapan. Pemimpin Amanah dilihat berjiwa besar dan tahan uji. Lihat saja Dr Mujahid Yusof Rawa yang setiap hari dicaci dikeji – tetapi tetap mampu melangkah dengan senyuman.

Advertisement

Dr Dzulkefly Ahmad pula terus ditangisi atas asbab tugasnya yang sangat cemerlang sebagai Menteri Kesihatan. Amanah mempunyai kualiti pimpinan yang mantap dan setiakawan.

‘Imej’ masih strategik

Tukar strategi terutamanya imej pakaian pada ahli dan pimpinan. Kemana hillangnya kopiah? Pemakaian luaran berserban adalah ‘senjata ampuh’ untuk menawan hati rakyat kebanyakan.

Advertisement

Belum lagi ceramah dimulakan, sudah terpancar ‘imannya’. Berkemeja korporat belum sinonim dengan rakyat Malaysia jika ingin membawa ‘imej Islamik’. Apa salahnya berbaju Melayu jika tidak berserban sekalipun?

Malahan rata-rata ahli yang masih merokok – ada yang tidak mengikuti saranan mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan larangan merokok di tempat awam. Jika ahli sendiri tidak patuh bagaimana rakyat kebanyakan?

Abdullah Fikri Bariman
Penulis adalah pembaca laman Johorkini dari Batu Pahat, Johor.

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top