BM | EN | 中文

PARLIMEN TEBRAU SUMBANG RM194,550 KEPADA HSI

steven.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tebrau menyampaikan bantuan peruntukan sebanyak RM194,550 kepada Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, Ahad lepas.

Inisiatif yang disampaikan menerusi Program Sumbangan Mesra Rakyat Parlimen Tebrau itu adalah bagi menambahbaik kemudahan dan hospital awam berkenaan.

Ahli Parlimennya, Steven Choong Shiau Yoon berkata, ia juga membabitkan sumbangan bagi membeli kelengkapan baharu khusus bagi keselesaan pengunjung hospital berkenaan.

Advertisement

“Untuk bantuan ini, kita telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM130,000 yang mana turut membabitkan kerja baik pulih tempat letak motosikal awam dan parkir tambahan dengan kos kira-kira RM74,150.

“Selain itu, jumlah itu juga turut merangkumi kos sebanyak RM48,500 bagi membaiki kemudahan tandas wad-wad pesakit dari tingkat dua hingga tingkat 10 hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah berlansung di Lobi HSI yang mana Steven turut menyampaikan replika cek kepada Timbalan Pengarah HSI, Dr Khairul Rizal Othman.

Advertisement

Steven berkata, manakala bantuan bagi pembelian aset dan kemudahan asas di hospital berkenaan pula adalah bernilai RM64,550.

“Baki selebihnya bagi peruntukan ini adalah kita serahkan kepada pihak hospital untuk membeli aset lain iaitu melibatkan 10 unit kerusi bagi ruangan menunggu, 415 unit kerusi pesakit, 14 unit katil hospital dan tiga penutup troli jenazah,” katanya.

Justeru, beliau berharap sumbangan tersebut dapat memudahkan lagi urusan para pesakit yang mahu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Advertisement

“Kita faham kepentingan hospital awam di negara ini, tidak dinafikan hospital juga adalah nadi kepada kehidupan rakyat dan untuk itu kita akan terus membantu menjadikan ia kemudahan awam yang terbaik.

“Sesungguhnya bantuan ini tidak akan berhenti di sini, saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini akan sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memberikan bantuan kerajaan yang sememangnya milik rakyat,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top