BM | EN | 中文

PARLIMEN TEBRAU AGIH BANTUAN BERNILAI RM248,000 KEPADA LIMA SEKOLAH AGAMA

IMG-20191120-WA0007.jpg

 

JOHOR BAHRU, 20 NOV : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau mengagihkan bantuan berupa dana berjumlah RM248,000 kepada lima Sekolah Agama (SA) dalam parlimen berkenaan, Ahad lepas.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon berkata, bantuan tersebut disalurkan menerusi inisiatif Peruntukan Mesra Rakyat Parlimen Tebrau.

Katanya, ia diberikan khusus bagi membantu membaiki warga sekolah ini membaiki kemudahan yang rosak serta memberi kelengkapan sesi pembelajaran yang baharu.

Steven (duduk, dua, kiri) bersama antara murid SA Sabilul Muhtadin di Taman Puteri Wangsa

“Pemberian dana ini diberikan secara berasingan dan bergantung kepada keadaan infrastruktur dan jumlah bantuan yang telah dipohon oleh setiap sekolah.

“Ia melibatkan SA Sungai Tiram berjumlah RM44,000 bagi tujuan baik pulih bangunan sekolah.

“Selain iti, SA Bandar Ulu Tiram bernilai RM65,000 bagi membaik pulih bangunan, pembelian 100 unit kerusi dan meja pelajar yang baharu,” katanya kepada JohorKini.

Steven memberitahu, SA Desa Cemerlang pula menerima RM25,000 bagi pembelian 100 unit kerusi dan meja kepada pelajar.

“Manakala, SA Taman Mount Austin pula mendapat RM30,000 untuk pembelian 100 set kerusi dan meja baharu dan satu unit komputer.

“SA Sabilul Muhtadin di Taman Puteri Wangsa menerima RM84,000 bagi tujuan baik pulih lantai bilik darjah yang rosak, menaiktaraf dewan terbuka dan tempat menunggu pelajar,” katanya.

Tambah Ketua PKR Cabang Tebrau itu lagi, beliau faham dengan keadaan kos sara hidup yang perlu ditanggung rakyat, Parlimen Tebrau juga sentiasa memberi perhatian kepada kaedah pembangunan pendidikan generasi baharu di parlimen itu.

“Malah, pembangunan SA yang sudah bertapak lama dalam negeri ini juga akan sentiasa dipelihara dan perhatian Parlimen Tebrau.

“Justeru, dengan bantuan yang diberikan ini, saya berharap ia dapat memudahkan sesi pembelajaran pelajar-pelajar di setiap sekolah yang menerima bantuan.

“Sesungguhnya bantuan ini tidak akan berhenti di sini, saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini akan sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memberikan bantuan kerajaan yang sememangnya milik rakyat,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top