
Antara bantuan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk di Simpang Renggam
SIMPANG RENGGAM, 14 APR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszle Malik berkata, peruntukan sebanyak RM395,000 telah disalurkan kepada penduduk terutamanya kepada mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dr Maszlee berkata, sehingga hari ini (14 April) peruntukan sebanyak RM395,000 itu telah diagihkan kepada lebih 25,750 penduduk Simpang Renggam bersamaan kira-kira lebih 5,200 buah keluarga.
“Setiap keluarga yang memerlukan telah menerima pek bantuan bernilai antara RM50 sehingga RM75.
“Pejabat Parlimen Simpang Renggam akan terus komited untuk memastikan kebajikan rakyat Simpang Renggam sentiasa diutamakan,” kata Maszlee dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor dan kerajaan Persekutuan yang menyampaikan sumbangan.
Selain itu antara antara badan yang turut membantu ialah Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bahagian Simpang Renggam, agensi kerajaan, badan-badan korporat, NGO dan individu yang telah memberikan sumbangan bagi meringankan beban rakyat di Simpang Renggam.
Johorkini