BM | EN | 中文

Parlimen Selayang anjur program jahit PPE, wanita dan ibu tunggal raih hingga RM120 sehari

Chua-Wei-Kiat-Adun-Rawang-program-jahit-PPE.png
Advertisement

SHAH ALAM, 24 OKT: Wanita dan ibu tunggal sekitar Rawang yang mengusahakan pekerjaan jahitan set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas hadapan mampu menjana pendapatan harian antara RM90 hingga RM120 sehari.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata pulangan itu berdasarkan keupayaan menyiapkan kira-kira 15 hingga 20 jahitan sehari dengan memperoleh RM6 bagi setiap PPE dihasilkan.

Menurutnya projek jahitan bermula awal bulan lalu membabitkan kerjasama ahli parlimen Selayang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Mercy dan Pertubuhan Srikandi Rawang.

Advertisement

“Kita mengambil inisiatif ini untuk membantu ekonomi rakyat terutama wanita dan ibu tunggal yang hilang pendapatan susulan pandemik Covid-19.

“Jahitan PPE fasa pertama juga sudah dihantar ke Sabah untuk kegunaan petugas hadapan di sana,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak enam mesin jahit disediakan di Pusat Komuniti Parlimen Selayang yang diwujudkan akhir tahun lalu menerusi peruntukan ahli parlimen tersebut.

Advertisement

“Selain mesin jahit, pusat komuniti dilengkapi dapur dan sistem siar raya malah program wanita boleh dijalankan di pusat ini seperti kelas memasak, menjahit dan nyanyian,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top