BM | EN | 中文

Parlimen Kulai, DUN Senai bersama serah sumbangan Deepavali 2020 kepada 125 penerima

Parlimen-Kulai-DUN-Senai-berganding-serah-sumbangan-Deepavali-2020-kepada-125-penerima.jpg
Advertisement

KULAI, 3 NOV: Seramai 125 penerima sumbangan yang terdiri daripada masyarakat India di kawasan Parlimen Kulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai sempena sumbangan Deepavali bagi tahun 2020.

Dalam satu kenyataan bersama kedua pusat khidmat itu, sumbangan yang disampaikan merupakan tanda prihatin dan diharap dapat membawa keceriaan terutamanya kepada mereka menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini.

“Tidak lama lagi perayaan sambutan Deepavali bakal mengunjung tiba, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai dan Pejabat Adun Senai mengambil satu inisiatif menganjurkan Program Sumbangan Bakul Makanan Sempena Deepavali pada hari Sabtu yang lepas.

Advertisement

“Para penerima terdiri dari kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 yang telah dikenalpasti oleh pemimpin masyarakat tempatan.

“Semoga sumbangan dapat meringankan beban golongan ini untuk menyambut perayaan Deepavali di saat negara masih melawan memutuskan rantaian Covid-19,” menurut kenyataan tersebut.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu Sabtu lalu ialah ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Adun Senai, Tee Boon Tsong.

Advertisement

Antara penerima sumbangan tersebut adalah masyarakat India yang bermastautin di kawasan Taman Putri,Taman Saga, Kampung Sepakat Baru, Taman Aman dan Taman Senai Utama.

Katanya lagi, sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban golongan mereka yang terpilih di kawasan parlimen Kulai dan DUN Senai, apatah lagi dalam suasana pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top