KLUANG, 18 OKT: Keselamatan petugas barisan hadapan perlu diberi keutamaan dalam keadaan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, terutamanya di Sabah.
Lanjutan itu Pejabat Ahli Parlimen Kluang melancarkan inisiatif dengan menyampaikan sumbangan berupa peralatan perlindungan PPE kepada petugas kesihatan dengan tumpuan di kawasan Tawau untuk membantu petugas barisan hadapan menangani penularan wabak Covid-19.
“Kami di Pejabat Ahli Parlimen Kluang sedar akan keadaan pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin serius dan juga tentang petugas barisan hadapan di sana yang mengalami masalah kekurangan alat perlindungan.
“Mereka merisikokan nyawa dereka.ngan berkhidmat.
“(Sedangkan) mereka juga punya keluarga namun mereka berpisah demi merawat pesakit-pesakit yang datang dengan harapan mereka akan kembali ke pangkuan keluarga.
“Setiap hari mereka terdedah dengan Virus Covid-19, kami sentiasa mengharapkan kesihatan para petugas barisan hadapan berada dalam keadaan terbaik.
“Jasa mereka tercatat dalam sejarah dan akan dikenang buat selamanya,” menurut kenyataan Pejabat Ahli Parlimen Kluang.
Tambahnya, pejabat Parlimen Kluang telah menerima lima kotak baju PPE sebagai sumbangan dari orang awam.
Difahamkan sumbangan baju PPE ke kawasan Tawau itu akan dilakukan dengan kerjasama wakil rakyat di Sabah, iaitu Justin Wong yang juga ADUN Sri Tanjung,
Kenyataan Pejabat Ahli Parlimen Kluang menambah, sumbangan ini merupakan salah satu usaha penduduk Johor terutamamya dari parlimen Kluang untuk membantu petugas kesihatan di Sabah dalam menangani pandemik Covid-19.
“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu petugas petugas barisan hadapan yang sedang bertarung demi nyawa rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.
Johorkini