BM | EN | 中文

Parlimen Johor Bahru anjur program ‘Kongsi Rezeki’ bersama asnaf

kongsi-rezeki-parlimen-Johor-Bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 APR: Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru menganjurkan program ‘Kongsi Rezeki’ dengan cara membeli makanan daripada peniaga asnaf yang kemudiannya diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Ahli parlimennya, Akmal Nasir dalam satu kenyataan semalam berkata, dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara sedemikian dapat membuka pintu rezeki dan dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

“Mereka ini tidaklah meminta sumbangan, tetapi sangat mengharapkan pintu rezeki terbukalah sedikit.

Advertisement

“Kami telah mengenal pasti beberapa orang peniaga makanan di kalangan asnaf dan telah meminta setiap seorang untuk bersedia masak satu menu.

“Setakat ini, kebanyakkannya adalah ibu tunggal, ada juga ‘cancer survivor’ dan rata-rata masih ada tangungan anak kecil. Kami tak sampai hati untuk biarkan mereka keresahan dan menemui jalan buntu.

“Bukan sahaja asnaf, mereka yang telah diberhentikan kerja, mereka yang menerima gaji harian mahupun yang meniaga kecil-kecilan menghadapi kesukaran untuk menjana pendapatan.

Advertisement

“Jadi, kami cadang nak beli makanan daripada mereka dan kemudian kami akan agihkan kepada masyarakat setempat terutamanya kalangan keluarga yang memerlukan,” kata Akmal.

Tambahnya, golongan tersebut bersemangat tinggi untuk meneruskan khidupan dan tidak mengalah dan sentiasa mencari penyelesaian walaupun ruang yang ada sangat-sangat sempit.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada keprihatinan saudara-saudari atas sumbangan yang disalurkan kepada Tabung Makanan Parlimen Johor Bahru,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu orang ramai yang berhajat untuk melakukan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru (CIMB: 8603320845) dengan meletakkan tanda ‘Kongsi Rezeki’.

Manakala mereka yang ingin menyampaikan sumbangan Ramadhan seperti iinfaq beras dan lain-lain juga menghubungi Pusat Khidmat di talian +60 11 6431 3206.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top