BM | EN | 中文

Parlimen ditutup: Isu rakyat, keputusan sepihak kerajaan tak dapat dibincang – Salahuddin

salahuddin-ayub.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: Rakyat semakin tertekan hari ini dipercayai berpunca dari penutupan parlimen akibat dari perisytiharaan darurat Januari lalu.

Timbalan Presiden Parti Amnaah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, isu berkaitan rakyat tidak dapat diperjuangkan kerana parlimen tidak dapat bersidang.

Antara yang penting untuk dibincangkan adalah isu kenaikan harga barangan keperluan harian.

Advertisement

“Penutupan parlimen membuatkan tiada semak dan imbang. Segala dasar kerajaan hari ini dibuat sebelah pihak semata.

“Ini seperti sistem autokrasi dengan keputusan dibuat sebelah pihak tanpa mendengar suara rakyat melalui ahli parlimen.

“Yang menjadi mangsa hari ini adalah rakyat. Bukan sahaja isu kesihatan, malah isu keselamatan, pendidikan, ekonomi, anak muda.

Advertisement

“Pelbagai lagi masalah boleh dibahaskan dan suara rakyat dapat dibawa sekiranya parlimen dapat bersidang,” katanya kepada wartawan.

Beliau yang juga ahli parlimen Pulai turut mendesak agar parlimen dibuka semula dan darurat ditamatkan.

Tambahnya, kerajaan ketika ini dilihat tidak memahami masalah rakyat sehingga keputusan dibuat bertentangan dengan keperluan rakyat.

Advertisement

“Sudah berulang kali kerajaan membelakangkan suara rakyat seperti pembukaan sekolah secara tiba-tiba tanpa mengira kesannya, isu pemberian vaksin, isu SOP, pelaburan, ekonomi, harga barang dan pelbagai lagi.

“Sekiranya apa yang dilakukan mereka ini menguntungkan rakyat tidak mengapa, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Disebabkan itu kita akan terus mendesak agar kuasa legislatif ini dikembalikan semula dengan pembukaan parlimen serta menamatkan darurat yang diisytiharkan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top