BM | EN | 中文

Parlimen digantung, tiada PRU, PRN atau PRK semasa darurat

parlimen-malaysia-dewan-rakyat-dewan-negara.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Pilihan raya umum tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat yang berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini termasuk pilihan raya negeri mahupun pilihan raya kecil, bagi tujuan membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Mutakhir ini terdapat pihak-pihak yang mendesak supaya pilihan raya diadakan. Saya tak berniat untuk tidak adakan pilihan raya.

Advertisement

“Perkara utama yang menghalang saya daripada menasihati ke Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan ialah pandemik Covid-19,” katanya dalam pengumuman khas pengisytiharan darurat hari ini.

Kenyatannya itu dibuat di tengah-tengah beberapa pemimpin Umno menggesa supaya pilihan raya umum diadakan memandangkan Muhyiddin ketika ini mempunyai majoriti tipis di Parlimen.

“Saya memberikan komitmen yang tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik saja jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 dah reda atau pulih sepenuhnya, dan pilihan raya dah selamat untuk diadakan.

Advertisement

“Pada masa itu terpulanglah pada rakyat untuk pilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah negara ini dan jaga kebajikan saudara saudari sekalian. Inilah komitmen dan aku janji saya yang akan saya tunaikan .

“Bagi saya, dalam keadaan negara dan rakyat yang sedang hadapi mudarat besar adalah penting ahli politik mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat.

“Bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab,” katanya.

Advertisement

Selain itu, menurutnya parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Agong.

Badan kehakiman bagaimanapun akan berjalan seperti biasa.

Dalam pengumuman Muhyiddin hari ini, dia juga memberitahu bahawa tujuannya agar pilihan raya tidak diadakan sewaktu pandemik sedang menular di negara sebagai menjaga nyawa dan keselamatan rakyat daripada jangkitan tersebut.

Advertisement

Minggu lalu, negara mencatatkan angka tertinggi kes positif baru Covid-19, 3,207. Lonjakan kes itu kemudian diikuti dengan angka kes jangkitan melepasi 2,000 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top