BM | EN | 中文

Parlimen dibuka: Strategi baharu perlu dirangka dan dibentang – MP Iskandar Puteri

lim_kit_siang.jpg

Gambar Ehsan Malay Mail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUL: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, strategi baharu bagi menangani Covid-19 perlu dirangka dan dibentangkan pada sidang parlimen apabila dibuka nanti.

Katanya, Malaysia telah menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam pengurusan pandemik Covid-19 dan berdasarkan kadar jangkitan semasa, Malaysia akan berada antara 30 negara teratas dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi di dunia.

“Amat penting untuk kita wujudkan strategi dan pendekatan baharu bagi menghentikan lonjakan peningkatan kes dan kematian ini, malah harapan untuk masa hadapan rakyat perlu ditingkatkan kembali.

Advertisement

“Telah tiba masa untuk kita merangka, membentang dan meluluskan strategi baharu melawan wabak Covid-19 di Parlimen untuk menggantikan Pelan Pemulihan Negara.

“Kerajaan Muhyiddin perlu melibatkan semua ahli parlimen termasuk dari pembangkang dalam strategi ini agar fokus dapat diberikan kepada usaha membuka semula ekonomi secara selamat dan sama-sama belajar untuk hidup dengan wabak ini secara selamat.” katanya, hari ini.

Terdahulu Kit Siang dilaporkan Roketkini sebagai berkata, ahli-ahli parlimen masih belum menerima sebarang makluman berkenaan sidang Parlimen yang akan berlangsung selama lima hari bermula 26 Julai ini seperti yang diumumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini.

Advertisement

Beliau turut bersetuju dengan pandangan ahli parlimen Sepang, Hanipa Maidin bahawa sidang lima hari tidak munasabah dan dilihat seolah-olah mahu mengelak sesi pertanyaan dan juga upacara pembukaan parlimen dengan Titah Diraja.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top