BM | EN | 中文

Parlimen dibuka, sidang lima hari mulai 26 Julai

parlimen-malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Kerajaan bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan, Dewan Negara akan turut bersidang selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Advertisement

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia, menurut kenyataan itu.

Tambahnya lagi, nota jemaah menteri telah diedar secara berutus kepada jemaah menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top