BM | EN | 中文

Paras empangan dan kawasan tadahan air di Johor memuaskan

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN : Setakat ini, keadaan paras air di 16 empangan dan kawasan tadahan air seluruh negeri ini memuaskan dan kebanyakannya paras air berada di atas paras amaran.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, misalnya tiga empangan yang sebelum ini seringkali berada di paras amaran atau kritikal juga paras airnya dalam keadaan baik dan memuaskan.

Katanya, tiga empangan itu adalah empangan Lebam di Kota Tinggi, empangan Congok di Mersing dan empangan Machap di Kluang.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, dengan situasi kurangnya hujan iaitu perubahan cuaca ke musim panas dan permintaan yang tinggi berikutan limpahan pembangunan serta penambahan penduduk, pemantauan secara terperinci terhadap paras muka sauk empangan dan sungai akan terus dilakukan dalam tempoh dua minggu ini oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Ini demi memastikan tindakan awal dapat dilaksanakan bagi meminimakan gangguan bekalan air terutamanya pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, selain itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, seluruh kawasan di negeri ini hanya akan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 milimeter (mm) sehingga 400mm pada bulan ini.

Advertisement

“Situasi ini dijangka akan berterusan sehingga Mac depan. Lanjutan daripada itu, agensi kerajaan seperti Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan pihak operator Ranhill SAJ dijangka akan memulakan pembenihan awan pada awal Februari tahun ini bagi mengatasi masalah kurang taburan hujan.

“Justeru, pengguna disarankan lebih berhemah menggunakan air dan elakkan penggunaan yang berlebihan agar tidak berlaku pembaziran supaya bekalan air terawat sentiasa terjamin,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top