BM | EN | 中文

PARAS AIR TURUN MENDADAK, CATUAN AIR MUNGKIN BERLAKU

jimmy-puah-bukit-batu.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Kira-kira 4,000 pengguna Ranhill SAJ di Kota Tinggi mungkin berdepan situasi catuan air ekoran penyusutan paras air mendadak di Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tsee, paras semasa muka sauk bagi LRA Lok Heng menunjukkan kemerosotan mendadak sehingga ke paras amaran 0.93 meter berbanding pada paras normal 2.75 meter.

“Sg Sedili Kecil yang merupakan sumber bekalan air mentah bagi loji berkenaan mula mengalami kemerosotan sejak dua minggu lalu dan keadaan ini berterusan sehingga semalam,” kata Jimmy berkata dalam satu kenyataan.

Jimmy berkata pihak Ranhill SAJ telah mengemukakan cadangan bekalan air berjadual bagi kawasan terlibat kerana loji sudah tidak boleh beroperasi secara normal, dimana permohonan tersebut akan diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kawasan yang berkemungkinan berdepan catuan air termasuklah kawasan Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter, Felda Simpang Waha, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan dan Bukit Tentera.

Adun Bukit Batu tersebut turut menambah bahawa Empangan Lebam kini telah berada di bawah paras kritikal namun loji masih mampu beroperasi secara normal.

“Bagi daerah Muar, cuaca kering yang sedang berlaku pada masa ini menyebabkan paras air di muka sauk sepanjang Sg Muar menghampiri paras amaran di mana muka sauk ke loji Bukit Serampang mengalami kemerosotan paling ketara.

“Keadaan yang sama juga berlaku di beberapa sungai di Segamat dan empangan Gunong Pulai dekat Pontian yang menjadi sumber air minum untuk sebahagian penduduk Johor Bahru dan Pontian.

Jimmy berkata kerajaan negeri dan Ranhill SAJ akan terus memantau situasi ini, yang berpunca dari fenomena cuaca kering yang melanda sejak bulan lalu, dan menyampaikan maklumat terkini kepada pengguna.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top