BM | EN | 中文

PARAS AIR TERUS MENURUN, BEBERAPA DAERAH BERDEPAN CATUAN AIR

air.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Cuaca panas akhir-akhir ini menyebabkan penduduk di beberapa buah daerah di Johor berdepan situasi catuan air.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tsee, situasi tersebut menyebabkan syarikat pembekalan air negeri Ranhill SAJ, terpaksa melaksanakan aktiviti bekalan air berjadual di kawasan yang terlibat setelah ekoran ganggaun kepada operasi beberapa buah LRA dalam negeri.

“Sg Sedili Kecil dan Sg. Gembut yang merupakan sumber bekalan air mentah bagi loji berkenaan mula mengalami kemerosotan sejak Ogos lalu dan keadaan ini berterusan sehingga semalam,” Jimmy berkata dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

“Penduduk di Mersing dan Batu Pahat juga akan berhadapan dengan catuan air memandangkan paras air Empangan Labong dan Empangan Bekok masing-masing mengalami menyusutan ke paras 5.14 meter dan 12.00 meter, menghampiri paras kritikal,” katanya lagi.

Beliau, yang juga Adun Bukit Batu menambah perkara sama akan berlaku di daerah Kluang memandangkan paras air Empangan Macap dan Empangan Sembrong sedang menghampiri paras kritikal.

“Keadaan yang sama juga berlaku di beberapa sungai di Segamat dan empangan Gunong Pulai dekat Pontian yang menjadi sumber air minum untuk sebahagian penduduk Johor Bahru dan Pontian.”

Advertisement

Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya tidak panik dan menyarankan supaya pengguna lebih berhemah ketika menggunakan air.

Jimmy berkata kerajaan negeri dan Ranhill SAJ akan terus memantau situasi ini dan berusaha meminimakan gangguan yang berlaku.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top