BM | EN | 中文

PARAS AIR MEROSOT, ORANG RAMAI DINASIHATKAN PENJIMATAN AIR

solat-sunat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Orang ramai terutamanya di Kluang, Kota Tinggi dan Pontian dinasihatkan supaya menggunakan air dengan jimat berikutan musim panas dan kering ketika ini.

Ranhill SAJ Sdn Bhd dalam satu status yang dimuatnaik di Facebooknya menyenaraikan beberapa inisiatif termasuklah projek penyaluran air mentah dari Seluyut ke empangan Lebam, Sungai Lenggor ke empangan Congok, empangan Kahang ke LRA Sembrong Timur serta empangan Selunyut ke empangan Upper Layang.

“Selain daripada itu, sumber alternatif termasuklah projek pembinaan tiga telaga air tanah Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng, memanjangkan bekalan air berjadual serta permohonan kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan sumber air.

Advertisement

“Ini termasuklah, cadangan pembinaan empangan serta bendungan Sungai Ulu Sedili Besar, takungan pantai Sungai Johor dan Sungai Pulai serta projek pemindahan air mentah dari empangan Machap ke LRA Simpang Renggam dan Sungai Sedili besar ke LRA Gembut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, berikutan daripada fenomena cuaca panas yang berlanjutan, tiga LRA di Simpang Renggam, Sungai Gembut dan Lok Heng terkesan dengan fenomena ini.

“Paras air mentah di empangan Machap merosot sekaligus menyebabkan LRA Simpang Renggam tidak dapat beroperasi secara normal dan bekalan air berjadual bermula pada 2 September,” katanya.

Advertisement

Tambahannya lagi, bagi di LRA Lok Heng pula, bekalan air berjadual yang dijalankan pada 14 Ogos yang lalu terus dilanjutkan dimana sebanyak 3,790 akaun terlibat.

“Manakala di LRA Sungai Gembut, sebanyak 5,246 akaun terlibat dan bekalan air berjadual yang ditangguhkan telah diaktifkan pada 22 September,” katanya.

Justeru, Ranhill SAJ mengingatkan penduduk di kawasan terjejas supaya menggunakan air dengan jimat bagi tempoh gangguan bekalan itu.

Advertisement

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di www.ranhillsaj.com.my dan talian mesra 1 800 88 7474 atau SMS ke 019-7727474.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top