BM | EN | 中文

PARAS AIR EMPANGAN DI JOHOR MASIH KRITIKAL

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 SEPT: Beberapa empangan dan loji rawatan air di negeri Johor masih berada pada tahap kritikal, ekoran penurunan paras air sejak bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata antaranya loji rawatan air Lok Heng, empangan Lebam dan loji rawatan air Sembrong.

“Kerajaan negeri sudah pun mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini terutamanya di Lok Heng, Kota Tinggi.

Advertisement

“Walaupun kos yang diperlukan (penambahan sumber paip) untuk selesaikan masalah itu adalah sangat tinggi, ia tetap akan menjadi inisiatif kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Iskandar di sini semalam.

Jimmy berkata isu tersebut dalam perhatian kerajaan negeri dan peruntukan bagi mengatasi masalah berkenaan masih dalam perbincangan.

“Walaupun keperluan adalah sangat tinggi, ia tetap berbaloi kerana keperluan adalah untuk rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Mengulas cadangan operasi pembenihan awan yang diumumkan baru-baru ini, Jimmy berkata kerajaan negeri akan menjalankan operasi itu hujung bulan depan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top